Showing posts with label kantung telur. Show all posts
Showing posts with label kantung telur. Show all posts

Wednesday, 23 October 2013

Jumpa Pakar O & G part 2

25.09.2013

Next appointment jumpa dengan Dr Aida. Ni sebenarnya nak tgk result specimen test husband. So far, Dr Aida cakap tak ada masalah.  Jadi sekarang saya disuruh untuk ambik folic acid dan Clomid. Folic acid memang kena makan setiap hari.  Clomid plak makan masa hari ke-2 sampai ke-6 period.. huhu.. Period hari ke-10 baru pegi jumpa Dr Aida lagi untuk buat TVS scan. Scary..

Sebenarnya ni first time saya ambik clomid dan tak tahu pun apa fungsi clomid. Lepas search di internet, baru tau apa kegunaannya.


Charges: Clomid (RM5.00) + Folic Acid (RM30.00) = RM35.00


Ni yang saya quote dari page Dr Adilah Ahmat tentang clomid:



Clomiphhene Citrate

1.  Terdapat dua jenis ubat kesuburan,sama ada pil atau suntikan.

Pil kesuburan mengandungi bahan clomiphene citrate, lazimnya sebanyak 50mg setiap biji.  Cuma, ia diberikan nama glamour berlainan oleh syarikat pengedar masing-masing. contohnya Clomid, Clostibergyt, dll.

2.  Clomiphene citrate (yang mengandungi kesan anti-estrogenik) bertindak secara memberi signal negatif kepada otak kita bahawa tubuh kita kekurangan estrogen.

Maka, tubuh (kelenjar pituitari di dalam otak) mula mengeluarkan hormon FSH dalam kuantiti yang lebih banyak.

(Hormon FSH pula akan merangsang kantung-kantung telur di dalam ovari kanan dan kiri.  FSH = Follicular Stimulating Hormone)

3. Apabila kantung-kantung (lazimnya lebih daripada 1) berjaya dirangsang dan membesar, kantung-kantung aktif ini sendirinya akan menghasilkan hormon estrogen pula.  Hormon estrogen pula bertindak menebalkan lapisan endometrium dalam rahim sebagai persediaan implantasi embri jika berlaku kehamilan.  Jika tiada persenyawaan, lapisan endometrium ini gugur sebagai darah/tisu haid.

4. Pemantauan menggunakan ultrabunyi trans-vaginal (TVS) lazimnya dilakukan mulai sekitar hari ke 12 bagi melihat bilangan dan saiz kantung-kantng (seelok2nya antara 18-22mm) serta ketebalan lapisan endometrium (10mm atau sekurang2nya 8mm)

Ada yang memberi respon sederhana (2-3 kantung besar), ada pula yang berlebihan (lebih banyak kantung), ada pula yang tidak memberi respon memberangsangkan (1 sahaja atau tiada kantung besar).

5. Walaubagaimanapun, kadang-kadang kesan negatif (sifat anti-estrogenik Clomiphene Citrate) ini melebihi penghasilan hormon estrogen oleh kantung.  Ini menyebabkan sesetengah mendapat kesan samping sedemikian iaitu lapisan endometrium (tempat berlakunya implantasi embrio di dalam rahim) tidak tumbuh menebal, sebaliknya hanya nipis sahaja iaitu dibawah 10mm.

6. Tanpa pemantauan ini, anda tidak mengetahui adakah ubat Clomiphene Citrate itu sesuai dengan anda.  Lazimnya ia diberi dalam dos 50mg atau 100mg selama 5 hari sahaja (hari ubat dimulakan bergantung kepada kitaran haid seseorang sama ada hari ke-3 dsb. Jika masih tidak berjaya, doktor anda mungkin mencadangkan suntikan mengandungi hormon gonadotrohin pula.

7.  Selain itu, perlu difahami bahawa ubat ini hanya bertujuan membesarkan kantung-kantung telur.  Terdapat beberapa punca masalah kesuburan yang lain. contohnya sperma, tiub falopio, kehadiran polip endormetrium, penyakit tertentu dll yang juga boleh mengganggu kesuburan.