Jika anda telah mengambil ujian kehamilan di rumah dan ujian air
kencing itu menunjukkan dua baris, sudah pasti anda menganggap yang anda
sudah hamil. Ujian kehamilan di rumah sememangnya sangat tepat dan
kadar ketepatannya melebihi 98%. Walau bagaimanapun, anda mungkin pernah
membaca atau kawan-kawan mungkin pernah bercerita dengan mendakwa
mengalami ujian kehamilan yang positif tetapi mereka sebenarnya tidak
hamil. Keadaan ini sememangnya membingungkan dan menyebabkan anda
tertanya tanya mengapa ia berlaku. Berikut adalah beberapa sebab mengapa
ujian boleh menjadi positif walaupun anda tidak hamil;
1. Rawatan Kesuburan. Suntikan hCG atau
gonadotropins sebagai contoh Pregynl atau Pergonal yang digunakan untuk
mencetus ovulasi boleh menyebabkan ujian kehamilan menjadi positif untuk
berminggu-minggu lamanya walaupun anda tidak hamil.
2. Garis Penyejatan. Garis ini terjadi kerana air
kencing yang melintasi ujian menjadi sejat dan meninggalkan garisan
perang. Ia sering diinterpretasikan sebagai positif walaupun wanita
tidak hamil.
3. Membuat dengan cara tidak betul. Sangat penting
untuk anda membaca arahan sebelum menjalankan ujian untuk memastikan
keputusan ujian yang tepat. Jika arahan ujian menyatakan anda perlu
mentafsir dalam masa 3 minit, anda perlu patuh dengan arahan tersebut.
Mentafsir ujian selepas waktu yang ditetapkan boleh memberikan keputusan
palsu.
4. Masalah perubatan. Ketumbuhan pada ovari boleh memberikan bacaan positif walaupun wanita tidak hamil tetapi ini sangat jarang terjadi.
5. Ubatan-ubatan. Sesetengah ubat seperti Methadone, chlordiazepoxide, atau promethazine boleh memberikan ujian kehamilan positif palsu.
6. Kehamilan Kimia. Pada dasarnya anda hamil, tetapi
anda gugur terlalu awal tanpa anda sedari. Keadaan ini sangat kerap
terjadi dan walaupun ujian masih positif anda sebenarnya tidak lagi
hamil.
7. Ujian kehamilan yang dah tamat tempoh. Ini boleh
memberikan keputusan ujian palsu. Sentiasa periksa tarikh luput sebelum
menjalani ujian untuk memastikan keputusan yang tepat.
Apa yang anda perlu buat
Sekiranya anda curiga dengan keputusan ujian air kencing anda, jumpa
doktor untuk pemeriksaan. Doktor mungkin membuat ujian ultrasound untuk
mengesan kehamilan anda. Sekiranya ia masih negatif, kehamilan anda
mungkin masih terlalu awal. Doktor juga mungkin akan menyarankan ujian
darah untuk mengesan kehadiran hormon hCG, sekiranya berlaku
peningkatan, anda hamil.
Sebagai alternatifnya anda mungkin ingin menunggu untuk membuat ujian
air kencing sekali lagi selepas 1 minggu. Jika keputusan ujian negatif,
anda tidak hamil begitulah sebaliknya.
INFO TAKEN FROM ALAMHAMIL.COM
No comments:
Post a Comment